Memilih Majelis Di Waktu Serentak

Oleh Habib Ali bin Abdurrahman Al-Jufri.

Majlis ilmu adalah majlis yang barakah. Akan tetapi, apa terjadi jika ada dua majlis yang berlangsung serentak? Ada satu kisah, tentang dua majlis ilmu yang berlangsung secara serentak. Seorang penuntut ilmu. Seorang pemuda yang di dalam dilema. Hatinya di dalam keraguan. Ada dua majlis yang berlangsung.

Dia melihat yang satu majlis ilmu belajar Al-Quran dan Hadith. Dan majlis ilmu yang satu lagi juga belajar Al-Quran dan Hadith. Majlis yang mana dia harus pergi. Kemudian dia pergi berjumpa sahabatnya yang soleh untuk meminta pendapat dan pertolongan majlis mana yang harus dia pergi.

Sahabatnya yang soleh tadi berkata; “Mari sahabat, kita pergi ke dua majlis itu.” Setelah tiba di majlis ilmu yang pertama, mereka masuk dan kemudian mereka berdiri. Tujuan sahabat itu berbuat demikian karena ingin mengetahui majlis mana yang patut diikuti. Mereka pun berdiri di depan jamaah saat Sheikh sedang mengajar.

Sheikh melihat mereka, dan kemudian berkata dengan nada keras, “Kenapa kamu berdiri?!” Sahabat yang soleh tadi menjawab, “Aku tidak mau duduk di dalam majlis kamu ini.” Kemudian Sheikh berkata, “Kenapa kamu tidak mau duduk?!” Sahabat yang soleh tadi menjawab, “Aku tidak puas hati dengan kamu.”

Kemudian Sheikh menjawab, “Aku lagi sangat-sangat tidak puas hati dengan kamu. Keluar kamu syaitan, jangan kamu merusakkan majlis ini!” Sahabat soleh tadi berkata kepada sahabatnya, “Wahai sahabat, mari kita keluar sebelum kita dipukul beramai-ramai.”

Setelah itu, mereka pergi ke majlis ilmu yang kedua. Mereka pun berdiri. Dilihat oleh Sheikh yang sedang mengajar. Kemudian Sheikh berkata dengan nada lembut, “Wahai pemuda, kenapa kamu berdua tidak mau duduk?” Sahabat yang soleh tadi berkata, “Aku tidak mau duduk di dalam majlis kamu.”

Kemudian Sheikh bertanya, “Kenapa wahai pemuda?” Masih dengan nada yang lembut. Sahabat yang soleh tadi menjawab, “Aku tidak puas hati dengan kamu, Sheikh.” Sheikh terkejut lalu menutup wajahnya. Tiba-tiba mengalir air mata membasahi pipinya.

Sheikh kemudian berkata, “Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Ya Allah, aku mohon taubat dan keampunan-Mu. Ya Allah, ampunkanlah aku. Sesungguhnya mungkin Allah telah membukakan aib diriku ini kepadanya.” Kemudian Sheikh terus menangis.

Sahabat yang soleh tadi berkata kepada sahabatnya, “Wahai sahabat, sekarang majlis mana yang kamu ingin duduki? Majlis yang tadi atau disini?” Jawab sahabatnya, “Mestilah disini. Ciri-ciri orang soleh itu jelas terzahir pada akhlaknya.”

Jika kamu lihat ada dua kelompok. Satu kelompok mereka menyatakan mereka di jalan kebenaran. Dan satu lagi kelompok mereka menyatakan mereka juga di dalam jalan kebenaran. Maka, kamu lihatlah pada akhlak mereka itu.

Dimana adanya akhlak yang mulia, disitu adanya agama. Dimana adanya akhlak, disitu adanya ilmu. Tidak mungkin agama itu tanpa akhlak yang mulia. Tidak mungkin orang soleh itu dipandang soleh tanpa padanya akhlak yang mulia. Kita jangan lihat pada orang lain. Lihatlah ciri-ciri tersebut di dalam diri kita. Untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah. 

Oleh Ustadzah Halimah Alaydrus.

Jika ada majelis ilmu dan majelis dzikir di waktu yg sama, mana yg harus dihadiri, sedangkan keduanya sama-sama dipimpin oleh orang sholeh?

Maka hadirilah di tempat dimana hatimu sedang memerlukan apa dan yang menyenangkan hatimu. Apakah ilmu-ilmu yg makin mendekatkanmu pada Allah ataukah hatimu memerlukan mengingat Allah dengan menyebut-nyebut nama-Nya. Benarkanlah niat sebelum melakukan pekerjaan dan pasanglah niat bersamaan dengan awal pekerjaan. Jika niat itu langgeng hingga akhir amal tersebut, maka engkau akan memperoleh pahala yang sempurna di akhirat nanti.

Advertisements